Thursday, January 29, 2009

Doa untuk Saudara islam kita di Palestin..


"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Libanon/Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)

Wednesday, January 28, 2009

Projek lain

Salam...
Selain dari ternakan, aku juga terlibat dalam ladang sawit dan tanaman sayur-sayuran...
Aku sedang menguruskan 20.58 ekar ladang sawit milik mak bapak aku....
ladang ni terletak di kampung Wakuba,Tawau Sabah

selain dari ternak kambing,nilah jugak salah satu kerja aku....

Aku jgk ada buat projek tanaman sayur-sayuran seluas 6 ekar di kampung aku..Kampung Ranggu Tawau Sabah..Dulu asalnya bapak aku tanam koko kat kawasan ni..Masa aku take over,modal aku tak dapat recover balik..(sakit kepala woo..)So...bila aku story ngan bapak aku pasal kerugian tu..bapak aku suggest koko tu tebang ganti ngan sawit...sementara tunggu tinggi boleh tanam sayur..Dalam hati aku bijak jgk bapak aku ni..asal aku blh x tepikir ...
Dari situ mula lah karier aku sbg sorang petani plk..hehehe..

Nilah rupa kebun koko bapak aku setelah kena tumbang...

Pastu mula lah proses membersihkan kawasan....
selepas dibersihkan...

salah satu contoh sayur yang ada kat kebun aku...

ready tuk pasaran....

Kambing oh kambing


Kat kandang aku takde la pun kambing baka yg best..(isk..isk..)Aku cuma pelihara baka feral ngan katjang..paling 'kuat' pun penjantan je la aku guna cross boer..

nilah kumpulan pertama masuk kat kandang aku....

Nilah penjantan aku masa umur setahun lebih...

Ni plk masa umur dua tahun lebih..

Aku rasa penjantan aku ni ada baka peninju...Bab,asal aku ajak main dia mesti berdiri camtu..nak lawan boxing kot..HAHAHAHA...



Alhamdulillah

Actually..bnyk gak cabaran masa aku mula terjun dlm bidang ternakan ni...Tp berkat dari sokongan parents aku,family,rakan-rakan dan juga sorang yg spesel(ehem...)hehehe... semua dapat diatasi.Jutaan terima kasih untuk diorang yg tak putus memberi nasihat & sokongan..Tp klu takde petunjuk dan hidayahNYA...aku rasa aku tak kemana jgk..So Syukur la atas apa yang dikurniakan kepada kita..ALHAMDULILLAH..
Lagipun ternakan kambing ni pun merupakan sunnah Rasulullah s.a.w..Moga kita sama mendapat keberkatan..Amin...

ARK Agrofarm

Salam...
Aku start dlm industri ternakan ni pada tahun 2005.Kandang aku terletak di Kg Ranggu Tawau,Sabah.Masa tu kambing aku dlm 6 ekor je.Itu pun aku sambung dari bapak aku..dulu kambing ada banyak tp tak terjaga.ada yang mati kena langgar kereta,penyakit dan mcm2 lagi..(sian kambing tu).Masa aku take over..aku buat kandang baru..dan berbekalkan baki 6 ekor kambing baka feral ngan katjang tu la aku mulakan karier baru aku sbg sorang penternak..hehehe....



Inilah rupa kandang yang aku dah ubahsuai (kecil jak bah)


ni plk kandang aku pas 8 bulan beroperasi..

After almost 2 years..aku bergiat dalam bidang ternakan, aku tgk pasaran kambing kat daerah tpt aku (TAWAU) mmg menggalakkan.So,aku pun bercadang untuk membesarkan lagi bisnes ni :-p

Berbekalkan pengalaman yang ciput ngan sedikit modal aku pun try la cari area yang sesuai kat tanah bapak aku.
dan aku pun jumpa la area ni....

Nilah tapak projek kandang baru aku....

Maka bermulalah kerja-kerja pembinaan kandang seluas 33' x 60'


Setelah menempuhi pelbagai dugaan,Alhamdulillah dengan izin Allah maka siap jgk lah kandang kambing aku..

Nilah rupa kandang aku bila dah siap sepenuhnya...(klu tak silap aku kandang ni siap 26.08.07)

Siapa 'aku'....

salam...
Aku sedang mengusahakan ladang ternakan kambing, sayur-sayuran dan sawit..
Orang Tawau Sabah...
Nak share xperience ngan kawan-kawan lain
most important..aku x pandai buat blog..(ni 1st time la aku try)

So..sebarang cadangan,teguran,komen dan tunjuk ajar amatlah di alu-alukan..
tq :)